Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka





Model penceritaan di atas membawa tema kekeluargaan. Seorang anak berasa puas hati kerana dapat menolong ibu bapanya pada setiap hari. Tambahan pula, dia dapat membantu dari pagi hingga ke malam. Dia berasa puas kerana dapat meringankan urusan kedua orang tuanya. Seorang anak itu menunjukkan kasih sayangnya kepada ibu bapa dengan cara tetap berhati-hati dalam menjaga budi pekerti. Anak tersebut tetap menjaga tingkah lakunya demi keluarga yang dia cintai. Pada rangkap ketiga, anak itu meluahkan perasaan sayangnya kepada ibu, bapa, abang, kakak, adik dan saudaranya. Anak tersebut sayangkan ahli keluarganya kerana mereka sentiasa ada sewaktu anak itu memerlukan mereka. Anak tersebut menunjukkan teladan yang baik agar sentiasa membantu ibu bapa, menjaga nama baik keluarga dan sentiasa menyayangi ahli keluarga termasuk saudara mara.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

No comments:

Post a Comment