Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara Penulisan Blog yang Baik

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan


Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan penulisan blog yang baik. Penulisan blog yang baik bukan sahaja bergantung kepada isi, malah turut melibatkan tajuk. Pembaca akan melihat tajuk terlebih dahulu sebelum membaca isi blog. Jika tajuk tersebut menarik, sudah pasti pembaca akan meneruskan pembacaannya. Oleh itu, tajuk dan isi blog yang baik sudah tentu akan menarik perhatian pembaca. Penulis blog juga mesti bijak menggunakan ayat yang mempunyai unsur humor untuk menjadikan pembacaan lebih santai. Generasi kini lebih memilih bentuk pembacaan yang ringkas berbanding penggunaan bahasa yang terlalu kaku. Selain itu, penulis juga perlu mempunyai hujah terbaik dan mengaitkan penulisannya dengan isu semasa. Penggunaan ayat yang ringkas sudah tentu akan mudah difahami sekali gus memudahkan penulis berkomunikasi dengan pembaca blog. Seorang penulis blog yang baik juga perlu menyelitkan nilai-nilai murni dalam setiap penulisannya supaya dapat memberikan pengajaran secara halus dalam bentuk penulisan. Cara terakhir penulisan blog yang baik adalah berilmu. Justeru itu, sebelum berkongsi sesuatu pendapat atau ilmu, kita perlulah membaca maklumat dari sumber yang sahih supaya perkara yang dikongsikan itu adalah benar. 

Rujukan

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial
Normaliza Abd Rahim (2014)

No comments:

Post a Comment