Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: Keluargaku.

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi tentang keluarga saya :)




Gambar ini merupakan gambar saya bersama dengan ibu saya sewaktu kami bercuti di Pulau Pinang. Nama beliau Fathiah binti Mohamed. Saya memanggilnya dengan panggilan mama. Tahun ni, umur mama dah 56 tahun. Ini bermakna, beliau bersara tahun ini! Jadi, bolehlah kami luangkan masa bersama-sama dengan lebih lagi :D




Dua lelaki ni pula merupakan abang dan adik saya. Nama abang saya Muhammad Arif Hakimee, 26 tahun. Adik saya pula Muhammad Arif Hamzi Syahmi, 21 tahun. Panjangkan nama adik beradik saya? Hehe. Sebenarnya saya juga mempunyai seorang kakak yang bernama Fira SyahidNuur Aini. Tahun ni, umur kakak saya genap 30 tahun. Oleh sebab kakak sudah berkahwin, jadi kami jarang berjumpa. Saya juga mempunyai tiga orang lagi adik iaitu Arrisha Dyana (14 tahun), Ar'Rish (13 tahun) dan Rania Innara baru je masuk 7 bulan. Selain itu, saya juga mempunyai 3 orang adik beradik tiri. Namun, seorang sudah meninggal dunia sejak bangku sekolah lagi. Kini, tinggallah dua orang iaitu Muhammad Auzaie Asyraf dan Muhammad Irfan. Asyraf sebaya dengan saya, 22 tahun manakala Irfan pula 15 tahun. 

Saya beruntung kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat besar. Setiap hari diisi dengan penuh gelak dan tawa. Mereka menjadi kekuatan dalam setiap langkah saya. Tiada harta yang lebih bernilai selain dari keluarga saya. 

No comments:

Post a Comment