Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Sinopsis Cerita Sosial 2

Bapa Alim membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang dibeli dari pasar tani seperti buah rambutan, durian, maggis, langsat dan duku. Bapa Alim tahu bahawa Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Bapa Alim telah menyuruh abang Imran untuk memanggil ibu dan adik beradiknya untuk makan bersama-sama. Ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya supaya mereka tidak buang merata-rata. Kemudian, Alim bertanya kepada ibunya bahawa dia ingin memberikan Sulaiman sedikit buah-buahan kerana ibu dan bapanya sering berpesan bahawa amalan berkongsi barang atau makanan yang disukai merupakan satu perbuatan yang baik. Ibu memuji Alim sambil mengasingkan buah-buahan lalu menghulurkannya kepada Alim. Alim berlari ke arah Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim juga turut tersenyum puas. Usai makan, Alim ingin membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah yang terletak di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu Ibu Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana sudi memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah berasa gembira kerana Alim baik terhadap anaknya. Alim menyatakan bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman. Sewaktu Alim berjalan pergi, Mak Cik Timah masih memandang kepada Alim sambil mendoakan agar Alim sekeluarga sihat sejahtera.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara.




No comments:

Post a Comment