Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Assalamualaikum.

Pada 17 Februari 2020, kami telah mempelajari dan mempraktikkan ilmu asas grafik secara dalam kumpulan. Antara bahan yang digunakan adalah gam, pisau lipat, gunting, majalah terpakai jenis glossy, mounting board, ribbon dan puncher

Pada awalnya, kami telah diberikan penjelasan tentang elemen-elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Setelah itu, kami diberikan soalan secara Blanket Test. Lalu, Prof telah memberikan 3 buah jenis gambar dengan pemandangan yang berbeza dan kami diminta untuk menerangkan elemen asas grafik yang terdapat dalam gambar tersebut. 

Kemudian, kami perlu mencari 5 keping gambar dengan elemen asas grafik yang berbeza. Gambar tersebut dipilih dari dua buah jenis majalah. Kami juga bersepakat untuk menamakan kumpulan kami sebagai Citra Purnama Production. Ahli kumpulan saya terdiri daripada 10 orang ahli iaitu Anis, Amirah, Umirah, Faa, Wawa, Intan, Najwa, Fathin, dan Faisal. 

Berikut merupakan contoh gambar yang kami perolehi:


Elemen 1: Kesesuaian

Kesesuaian ini dilihat pada pemilihan warna, jenis font, dan saiz font yang digunakan. 


Elemen 2: Warna

Penggunaan warna yang gelap pada latar belakang berjaya menonjolkan gambar utama. 


Elemen 3: Teks

Gambar ini menunjukkan elemen teks kerana jelas memaparkan perkara yang ingin ditekankan. 


Elemen 4: Keseimbangan

Gambar tersebut menunjukkan keseimbangan dari segi ruang, pemilihan warna terang dan gelap, penggunaan objek batu di sebelah kiri dan diselarikan dengan laut terang yang luas. Selain itu, gambar ini juga seimbang daripada jenis teks. 


Proses melekatkan gambar pada mounting board.

Muka hadapan bagi tugasan ini. 

No comments:

Post a Comment