Thursday, February 27, 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka





Model penceritaan di atas membawa tema kekeluargaan. Seorang anak berasa puas hati kerana dapat menolong ibu bapanya pada setiap hari. Tambahan pula, dia dapat membantu dari pagi hingga ke malam. Dia berasa puas kerana dapat meringankan urusan kedua orang tuanya. Seorang anak itu menunjukkan kasih sayangnya kepada ibu bapa dengan cara tetap berhati-hati dalam menjaga budi pekerti. Anak tersebut tetap menjaga tingkah lakunya demi keluarga yang dia cintai. Pada rangkap ketiga, anak itu meluahkan perasaan sayangnya kepada ibu, bapa, abang, kakak, adik dan saudaranya. Anak tersebut sayangkan ahli keluarganya kerana mereka sentiasa ada sewaktu anak itu memerlukan mereka. Anak tersebut menunjukkan teladan yang baik agar sentiasa membantu ibu bapa, menjaga nama baik keluarga dan sentiasa menyayangi ahli keluarga termasuk saudara mara.

Rujukan:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu, Malaysia. Penerbit: UMT

Monday, February 24, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0

Assalamualaikum. Pada hari ini, kami berjaya menjawab dua soalan blanket test.

Soalan Pertama: Apakah yang dimaksudkan dengan kesesuaian?

Jawapan: Kesesuaian bermaksud kesesuaian mengikut latar seperti latar tempat, latar masa, latar watak yang ada dalam sesebuah gambar.

Soalan Kedua: Gambar tersebut menunjukkan asas fotografi yang mana?

Jawapan: Asas fotografi dalam gambar berkenaan menunjukkan jenis medium shot. Medium shot dalam gambar menunjukkan seorang gadis yang jelas wajahnya dengan separa badan. Hal ini menunjukkan bahawa gambar medium shot untuk gambar berkenaan hendak memfokuskan gadis tersebut. 

BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik

Assalamualaikum. 

Hari ini kami sudah mendapat markah bagi tugasan tugasan grafik (tekan sini) hari itu! :) Alhamdulillah, kami berjaya mendapat tiga dari lima bintang. Banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. 


Terima kasih kepada ahli kumpulan

3/5 bintang.

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

Assalamualaikum. Hari ni kami telah mempelajari asas fotografi :)

1. Mug Shot

Mug shot adalah suatu kaedah pengambilan gambar secara dekat dan hanya tertumpu kepada muka sahaja. Muka tersebut pula mempunyai ekspresi atau emosi tertentu. Latar belakang pula mestilah plain. Gambar di bawah adalah contoh Mug Shot oleh kesemua ahli kumpulan. 


Mug shot: Wawa



Mug shot: Farihin


Mug shot: Amirah


Mug shot: Intan


Mug shot: Anis


Mug shot: Najwa


Mug shot: Umirah


Mug Shot: Fira


Mug Shot: Fathin


Mug Shot: Faisal



2. Portrait 

Portrait pula adalah gambar yang diambil dalam jarak dekat dan jelas. 



Portrait secara menyeluruh.

Portrait sebahagian dengan memainkan peranan jari.

3. Medium Shot

Gambar secara medium shot menunjukkan wajah dengan jelas. Latar belakang juga boleh dilihat. Medium shot juga diambil sebahagian sahaja dari badan. 






4. Long Short

Gambar long short pula diambil dari jarak yang sangat jauh. Namun, gambar tersebut akan jelas kelihatan dengan gambar keseluruhan. 





5. Close up

Gambar close up adalah gambar yang memfokuskan kepada sesuatu bahagian sahaja. 


Close up untuk benda.

Close up pada mata dan dahi.

Friday, February 21, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM

Sinopsis Cerita Sosial 2

Bapa Alim membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang dibeli dari pasar tani seperti buah rambutan, durian, maggis, langsat dan duku. Bapa Alim tahu bahawa Alim, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Bapa Alim telah menyuruh abang Imran untuk memanggil ibu dan adik beradiknya untuk makan bersama-sama. Ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya supaya mereka tidak buang merata-rata. Kemudian, Alim bertanya kepada ibunya bahawa dia ingin memberikan Sulaiman sedikit buah-buahan kerana ibu dan bapanya sering berpesan bahawa amalan berkongsi barang atau makanan yang disukai merupakan satu perbuatan yang baik. Ibu memuji Alim sambil mengasingkan buah-buahan lalu menghulurkannya kepada Alim. Alim berlari ke arah Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim juga turut tersenyum puas. Usai makan, Alim ingin membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah yang terletak di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu Ibu Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana sudi memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah berasa gembira kerana Alim baik terhadap anaknya. Alim menyatakan bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman. Sewaktu Alim berjalan pergi, Mak Cik Timah masih memandang kepada Alim sambil mendoakan agar Alim sekeluarga sihat sejahtera.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara.




BBM3410Satu2020: Keluargaku.

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi tentang keluarga saya :)




Gambar ini merupakan gambar saya bersama dengan ibu saya sewaktu kami bercuti di Pulau Pinang. Nama beliau Fathiah binti Mohamed. Saya memanggilnya dengan panggilan mama. Tahun ni, umur mama dah 56 tahun. Ini bermakna, beliau bersara tahun ini! Jadi, bolehlah kami luangkan masa bersama-sama dengan lebih lagi :D




Dua lelaki ni pula merupakan abang dan adik saya. Nama abang saya Muhammad Arif Hakimee, 26 tahun. Adik saya pula Muhammad Arif Hamzi Syahmi, 21 tahun. Panjangkan nama adik beradik saya? Hehe. Sebenarnya saya juga mempunyai seorang kakak yang bernama Fira SyahidNuur Aini. Tahun ni, umur kakak saya genap 30 tahun. Oleh sebab kakak sudah berkahwin, jadi kami jarang berjumpa. Saya juga mempunyai tiga orang lagi adik iaitu Arrisha Dyana (14 tahun), Ar'Rish (13 tahun) dan Rania Innara baru je masuk 7 bulan. Selain itu, saya juga mempunyai 3 orang adik beradik tiri. Namun, seorang sudah meninggal dunia sejak bangku sekolah lagi. Kini, tinggallah dua orang iaitu Muhammad Auzaie Asyraf dan Muhammad Irfan. Asyraf sebaya dengan saya, 22 tahun manakala Irfan pula 15 tahun. 

Saya beruntung kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat besar. Setiap hari diisi dengan penuh gelak dan tawa. Mereka menjadi kekuatan dalam setiap langkah saya. Tiada harta yang lebih bernilai selain dari keluarga saya. 

BBM3410Satu2020: Tips Belajar Dengan Mudah


Assalamualaikum. 

Gambar di atas merupakan jawapan kepada kelebihan media sosial di dalam kelas. 

Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Assalamualaikum.

Pada 17 Februari 2020, kami telah mempelajari dan mempraktikkan ilmu asas grafik secara dalam kumpulan. Antara bahan yang digunakan adalah gam, pisau lipat, gunting, majalah terpakai jenis glossy, mounting board, ribbon dan puncher

Pada awalnya, kami telah diberikan penjelasan tentang elemen-elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan. Setelah itu, kami diberikan soalan secara Blanket Test. Lalu, Prof telah memberikan 3 buah jenis gambar dengan pemandangan yang berbeza dan kami diminta untuk menerangkan elemen asas grafik yang terdapat dalam gambar tersebut. 

Kemudian, kami perlu mencari 5 keping gambar dengan elemen asas grafik yang berbeza. Gambar tersebut dipilih dari dua buah jenis majalah. Kami juga bersepakat untuk menamakan kumpulan kami sebagai Citra Purnama Production. Ahli kumpulan saya terdiri daripada 10 orang ahli iaitu Anis, Amirah, Umirah, Faa, Wawa, Intan, Najwa, Fathin, dan Faisal. 

Berikut merupakan contoh gambar yang kami perolehi:


Elemen 1: Kesesuaian

Kesesuaian ini dilihat pada pemilihan warna, jenis font, dan saiz font yang digunakan. 


Elemen 2: Warna

Penggunaan warna yang gelap pada latar belakang berjaya menonjolkan gambar utama. 


Elemen 3: Teks

Gambar ini menunjukkan elemen teks kerana jelas memaparkan perkara yang ingin ditekankan. 


Elemen 4: Keseimbangan

Gambar tersebut menunjukkan keseimbangan dari segi ruang, pemilihan warna terang dan gelap, penggunaan objek batu di sebelah kiri dan diselarikan dengan laut terang yang luas. Selain itu, gambar ini juga seimbang daripada jenis teks. 


Proses melekatkan gambar pada mounting board.

Muka hadapan bagi tugasan ini. 

BBM3410Satu2020: Blanket Test

Assalamualaikum.

KUMPULAN 6

Soalan: Apakah elemen asas grafik dari sebuah gambar pemandangan di sebuah jeti?

Jawapan: Teks. Walaupun gambar tersebut tidak mempunyai teks, tetapi kita sudah tahu gambar itu menunjukkan pemandangan di sebuah jeti. 

Friday, February 14, 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara Penulisan Blog yang Baik

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan


Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan penulisan blog yang baik. Penulisan blog yang baik bukan sahaja bergantung kepada isi, malah turut melibatkan tajuk. Pembaca akan melihat tajuk terlebih dahulu sebelum membaca isi blog. Jika tajuk tersebut menarik, sudah pasti pembaca akan meneruskan pembacaannya. Oleh itu, tajuk dan isi blog yang baik sudah tentu akan menarik perhatian pembaca. Penulis blog juga mesti bijak menggunakan ayat yang mempunyai unsur humor untuk menjadikan pembacaan lebih santai. Generasi kini lebih memilih bentuk pembacaan yang ringkas berbanding penggunaan bahasa yang terlalu kaku. Selain itu, penulis juga perlu mempunyai hujah terbaik dan mengaitkan penulisannya dengan isu semasa. Penggunaan ayat yang ringkas sudah tentu akan mudah difahami sekali gus memudahkan penulis berkomunikasi dengan pembaca blog. Seorang penulis blog yang baik juga perlu menyelitkan nilai-nilai murni dalam setiap penulisannya supaya dapat memberikan pengajaran secara halus dalam bentuk penulisan. Cara terakhir penulisan blog yang baik adalah berilmu. Justeru itu, sebelum berkongsi sesuatu pendapat atau ilmu, kita perlulah membaca maklumat dari sumber yang sahih supaya perkara yang dikongsikan itu adalah benar. 

Rujukan

Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), Ehh!!! Media Sosial
Normaliza Abd Rahim (2014)

BBM3410Satu2020: Tentang Diri

Assalamualaikum.






Nama diberi Fira Hanis Amanina binti Abd Rashid
Umur saya 22 tahun. 
Saya berasal dari Muar, Johor
Saya anak ketiga dari tujuh orang adik-beradik
Kini, saya sambung pengajian di UPM, Serdang
Saya mengambil bidang Bahasa dan Linguistik Melayu 

Terima kasih sudi baca! :)

Thursday, February 13, 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis Cerita Sosial 1 

Alim dan keluarganya akan pulang ke kampung mereka yang terletak di Kajang. Mereka berasa sungguh teruja. Tambahan pula, Alim tidak sabar untuk bermain bersama ayam dan itik kepunyaan nenek dan datuk mereka di kampung. Setelah tiba di kampung, Alim terus meluru mencari ayam dan itik. Namun, Alim tidak menjumpai haiwan-haiwan tersebut. Alim berasa sungguh sedih, marah lalu terus menangis. Pada waktu itu, ahli keluarganya yang lain sedang sibuk memunggah barang. Datuk dan nenek pun menyapa Alim. Mereka bertanya sebab Alim menangis. Alim pun bertanyakan tentang ayam dan itik. Nenek segera menunjukkan sekumpulan ayam dan itik yang ditempatkan di tempat yang baru oleh datuk. Alim pun tersenyum dan segera bermain dengan ayam dan itik. Setelah itu, Alim masuk ke rumah. Sekali lagi Alim menangis ketika melihat perubahan rumah datuk dan neneknya. Lalu, Nenek menunjukkan kedudukan perabot di rumah itu kepada Alim. Keadaan Alim yang menangis secara tiba-tiba membuatkan ahli keluarganya termasuk datuk dan nenek berasa sedih dan hairan. Namun, suasana di kampung membuatkan hubungan ahli keluarga Alim bertambah erat.