Friday, July 17, 2020

BBM3410Satu2020: Kalendar 2021


Assalamualaikum. Hii semua! Lama dah tak update ni, tetiba spam gambar kan hehe. Takde lah, sebenarnya ni tugasan terakhir kitaorang. Kena buat kalendar tahun 2021. Nampakkk? Baru bulan 7, dah fikir tahun depan dah hehe. So, kitaorang kena buat pakai Photoshop tau. Allah bila dengar je kena install, dah ketar dah sebab tahu laptop ni tak mampu nak tampung. Kesian tengok kawan-kawan yang laptop hang, kena hantar kedai apa semua tapi akhirnya semua berjaya buat tugasan ni dari page depan sampai bulan 12! TAHNIAH SEMUA. Lepastu bila dengar kena edit gambar semua, hmm dah macam down dah. Sebab aku memang lemah bab kena edit-edit. Nak pulak pakai apps yang kita tak pernah pakai kan. Tapi betullah belajar Multimedia ni la aku belajar miming, cara amik gambar, cara shoot video sorang-sorang, cara edit video, cara pakai Photoshop. Apa aku nak cakap kat sini, JANGAN TAKUT UNTUK CUBA BENDA BARU. Terima kasih banyak pada Prof Normaliza dan Encik Akmal sebab banyak bagi tugasan yang mencabar luar bidang saya, kalau tak sampai bila-bila lah saya dekat takuk yang sama. Tak berkembang dan tak belajar benda baru :')) Subjek ni adalah subjek yang paling banyak kena buat praktikal tapi saya enjoy sangat. Sebab saya jadi lebih faham. Okay so sekarang terima lah kalendar saya ni. Maaf kalau ada sebarang kekurangan, maklumlah baru nak berjinak-jinak. Sekali lagi, terima kasih semua! 😊💕















Monday, June 15, 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Kajian Facebook

1. Facebook ialah salah satu cara untuk berkomunikasi dan digunakan bagi tujuan pembelajaran tidak formal, tetapi ia bukan satu alat untuk pengajaran formal (Madge, 2009)

2. Ketika Facebook memegang kepentingan sosial dan peribadi, ia juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran bahasa pelajar (Selwyn, 2007)

3. Faedah berinteraksi dalam bahasa tulen serta kesedaran sosio-pragmatik yang diperoleh melalui penggunaan kumpulan di Facebook (Blatter & Fiori, 2009)

4. Facebook membolehkan guru menyediakan hasil pendidikan konstruktif yang positif dalam pelbagai bidang (Pempek, 2009)

5. Facebook membenarkan guru berlatih pedagogi berbeza, mengikut minat terbaik pelajar (Hew, 2011)

Kajian Twitter

1. Pelajar mahasiswa mempunyai tabiat ketika menggunakan Twitter dalam kehidupan harian. Keputusan menunjukkan bahawa pelajar suka mengemas kini rutin mereka dan menyatakan emosi mereka dalam Twitter dan menggunakan bahasa yang sesuai dalam komunikasi  (Bicen & Cavus, 2012)

2. Mata pelajaran dalam kajian menggunakan Twitter supaya dapat melatih kecekapan komunikatif dan kebudayaan (Burau, Ullrich, Feng & Shen, 2009)

3. Bilangan tweet menjejaskan pemahaman tweet (Picard, 2011; Dll Himelboim., 2017)

4. Twitter telah memberi impak besar dalam meningkatkan kehadiran sosial (Dunlap & Lowenthall, 2009). Kajian juga mendedahkan bahawa pengguna Twitter menggunakan Twitter untuk bersosial pada waktu malam kerana kebannyakannya tinggal di rumah, maka melalui cara ini mereka dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain. 

5. Elavsky, Mislan dan Elavsky (2011) bersetuju dengan Dunlap & Lowenthall (2009) dan mendakwa bahawa Twitter membantu mengurangkan percakapan tetapi lebih banyak maklumat akan diperoleh. 

Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT

MODEL PENCERITAAN NORMALIZA ABD RAHIM (2018) 1

Upload di FB

Upload di Twitter


Lirik lagu

[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Huraian tentang logo

Logo tersebut melambangkan sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anaknya. Tangan yang berpegang satu sama lain menandakan sentiada ada bersama. Wajah yang dilukis tampah tersenyum menandakan mereka bahagia dengan keluarga mereka. Lambang cinta (love) menandakan wujud kasih sayang yang erat dalam keluarga tersebut.

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT

PETA MINDA WATAK DAN PERWATAKAN (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang, Selangor. Penerbit: UPM

Friday, June 12, 2020

AKTIVITI 1,2,3 BAB 8 IMPLIKASI PEDAGOGI





Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 5

1. Nilai pembersih - Dilihat daripada cara Alim yang suka menyusun dan mengemas buku setiap hari. 

2. Nilai rajin - Alim suka membaca buku pada waktu petang dan malam

3. Nilai berkongsi - Alim berkongsi barang dengan Sulaiman seperti memberi buku cerita. Sulaiman juga suka berkongsi dengan Alim seperti coklat yang baru dibelinya

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit : UMT



ANIMASI, DRAMA DAN FILEM (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang, Selangor. Penerbit: UPM

Friday, June 5, 2020

AKTIVITI BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA (AKTIVITI 1, 2, 3)




Rujukan 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT 

ASAS VIDEOGRAFI (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

ASAS VIDEOGRAFI

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang, Selangor. Penerbit: UPM

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4


Nilai yang terkandung dalam Cerita Sosial 4 ialah:
1. Amalan berkongsi
2. Amalan berterima kasih
3. Amalan berdikari

Amalan berkongsi dapat dilihat daripada cara Alim yang ingin berkongsi kek cawan bersama dengan rakan-rakan yang lain. Seterusnya, amalan berterima kasih diperolehi daripada situasi Alim mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana telah memberi ucapan selamat hari lahir kepadanya. Akhir sekali, amalan berdikari dilihat daripada cara Alim yang pandai memakai baju sekolah sendiri, memakai kasut sekolah, mengemas katil, pandai menaiki bas, pandai pergi ke kedai runcit dan membeli ayam serta sayur di pasar tani. 

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT




Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: BAB 7 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

Assalamualaikum dan hai ^_^

Kali ni kita nak buat ringkasan untuk bab 7 buku Eh!!! Media Sosial iaitu isu-isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Zaman sekarang ini kita boleh tengok ramai masyarakat yang bergantung hampir sepenuhnya kepada rangkaian sosial seperti Instagram, Facebook, Blog, Email dan Twitter. Ada banyak sebab kenapa mereka bergantung kepada rangkaian sosial ni contohnya untuk urusan perniagaan, berkongsi ilmu pengetahuan dan sebagainya. Oleh sebab itu semakin banyak jenayah siber seperti penipuan maklumat peribadi, membuat akaun palsu, menggunakan gambar palsu untuk kepentingan sendiri dan lain-lain. Jadi, dalam kajian untuk bab 7 ni pengkaji telah memilih seramai 100 responden pengguna rangkaian sosial. Mereka perlu memberi pendapat tentang isu dalam rangkaian sosial iaitu penggunaan bahasa dan struktur ayat. Penggunaan bahasa ini termasuklah pilihan perkataan dan ejaan manakala struktur ayat pula merangkumi tatabahasa dan frasa. 



Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Assalamualaikum dan hai semua ^_^

Hari ini aku ada baca Cerita Sosial yang ketiga. Jadi, aku nak kongsi tentang nilai dalam cerita ini. Terdapat tiga nilai iaitu:

1. Amalan tolong-menolong
2. Amalan berterima kasih
3. Amalan saling menyayangi

Amalan tolong-menolong ini dapat dilihat pada situasi adik-beradik Alim yang akan menolong membuat kerja rumah. Alim selalu mengutip mainan yang bertaburan di atas lantai termasuklah permainan Aisyah makalala Abang Imran dan Kak Madinah menolong Alim belajar cara-cara untuk memegang penyapu dan menyapu sampah. Seterusnya, amalan berterima kasih. Ibu dan bapa Alim sentiasa mengucapkan terima kasih kepada anak-anaknya yang selalu menolong mereka mengemas rumah, bahkan Alim juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapanya kerana selalu memujinya sebagai anak yang rajin dan baik. Nilai terakhir adalah saling menyayangi kerana Alim telah mengucapkan bahawa dia sayang akan keluarganya, begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain membalas ucapan sayang Alim dengan memberitahunya bahawa mereka juga sayang akan Alim.






Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus, Terengganu. Penerbit: UMT

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Assalamualaikum dan hai semua ^_^
Jadi, hari ni aku nak kongsi dengan korang tentang kepentingan asas grafik. So, bila belajar tentang sesuatu mesti la ada sebab dia kan. Jadi, untuk apa kita belajar asas grafik ni? Kita kena belajar sebab asas grafik ni ada lima buah kepentingan tau. Kepentingannya adalah untuk menarik minat pembaca, menyampaikan sesuatu supaya mudah difahami, dapat menyatakan mesej, menunjukkatan ketara atau predictability dan akhir sekali untuk tujuan promosi. 

Ini adalah gambarajah untuk kepentingan asas grafik

M/S 73

M/S 74

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang, Selangor. Penerbit: UPM

Thursday, April 30, 2020

RULE OF THIRDS (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

Rule of Thirds digunakan untuk menyeimbangkan gambar dan mendapatkan komposisi terbaik. Hal ini kerana gambar tersebut dibantu oleh 4 garis grid. Seseorang tidak semestinya berada di tengah-tengah antara 4 garis tersebut tetapi boleh berada di kanan atau kiri grid. Latar belakang pula masih  boleh dilihat dalam gambar. 


Rule of Thirds yang dipost di Facebook


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang, Selangor. Penerbit UPM

BBM3410Satu2020: MEDIA SOSIAL (GAMBARAN KESELURUHAN)

Tugasan 1
Apakah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kehidupan seharian anda?


Tugasan 2
Apakah manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa?



Tugasan 3
Pilih dua daripada aplikasi media sosial dan berikan kelemahannya


 Rujukan
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM,2019) 2

Assalamualaikum

Terdapat tiga nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 2.

1. Amalan menjaga kebersihan
2. Amalan berkongsi
3. Amalan berterima kasih





Amalan berterima kasih dilihat daripada cara ibu Alim yang menyediakan bakul sampah untuk membuang kulit buah-buahan. Ibu Alim juga berpesan agar jangan meletakkannya merata-rata kerana rumah akan kotor dan bersepah. Selain itu, cerita sosial 2 juga memaparkan nilai berkongsi antara satu sama lain. Alim telah meminta kebenaran daripada ibunya untuk memberi Sulaiman sedikit buah-buahan kerana ibu bapanya pernah berpesan bahawa amalan berkongsi barang atau makanan yang kita suka merupakan suatu perbuatan yang baik. Nilai terakhir sekali adalah amalam berterima kasih. Nilai ini dapat dilihat daripada situasi Mak Cik Timah (Ibu Sulaiman) yang mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah-buahan kepada Sulaiman. Sehubungan dengan itu, ibu Alim telah mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.

Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Wednesday, April 29, 2020

BBM3410Satu2020: Twitter (Cerita Pendek)


BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi

Bahagian A


Nama: Fira Hanis Amanina binti Abd Rashid
No. Matrik: 199823
Teori Kesopanan Brown & Levinson (1987)
Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & Levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & Levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & Levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.

Bald on-record

Contoh:
Bersedia!
Dengar sini…
Berikan saya bakul besar itu.
Lampu itu berwarna hijau.
Jemput masuk.
Jemput makan.

Kesopanan Positif

Contoh:
Kamu Nampak sugul. Boleh saya tolong?
Boleh saya pinjam serratus ringgit?
Saya ikut kamu ke hospital, jika kamu tidak keberatan.
Kesopanan Negatif

Mungkin dia yang mengambil kotak itu, mungkin!
Tolong berikan saya pinggan putih itu.
Kalau begitu, sedikit arahan tidak diperlukan?
Membuang botol kosong merata-rata tidak dibenarkan.
Off-record

Wah, semakin sejuk dalam bilik ini.
Mahal betul harga kasut di sini.
Cantik baju kamu.

Rajah 3: Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987)


Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Bahagian B 

Bapa Alim membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang dibeli dari pasar tani seperti buah rambutan, durian, maggis, langsat dan duku. Bapa Alim tahu bahawa Alim, abang Imran, Kak Madinan dan Aisyah gemar makan buah-buahan tempatan. Bapa Alim telah menyuruh abang Imran untuk memanggil ibu dan adik-beradiknya untuk makan bersama-sama. Ibu Alim menyediakan bakul sampah untuk anak-anaknya supaya mereka tidak buang merata-rata. Kemudian, Alim bertanya kepada ibunya bahawa dia ingin memberikan Sulaiman sedikit buah-buahan kerana ibu dan bapanya sering berpesan bahawa amalan berkongsi barang atau makanan yang disukai merupakan satu perbuatan yang baik. Ibu memuji Alim sambil mengasingkan buah-buahan lalu menghulurkannya kepada Alim. Alim berlari ke arah Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Sulaiman tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim juga turut tersenyum puas. Usai makan, Alim ingin membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah yang terletak di luar rumah. Alim terserempak dengan Mak Cik Timak iaitu ibu Sulaiman. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana sudi memberikan buah-buahan kepada Sulaiman. Mak Cik Timah berasa gembira kerana Alim baik terhadap anaknya. Alim menyatakan bahawa dia suka berkawan dengan Sulaiman. Sewaktu Alim berjalan pergi, Mak Cik Timah masih memandang kepada Alim sambil mendoakan agar Alim sekeluarga sihat sejahtera.




Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu


BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa

Bahagian A: Peta Minda tentang Jenis-jenis Shot





Rujukan 
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Bahagian B: Kepentingan Rule of Thirds

Antara salah satu teknik fotografi yang penting adalah rule of thirds. Teknik ini boleh digunakan untuk mana-mana subjek bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Seseorang akan meilhat kepada pemidang titik atau dalam paparan LCD sewaktu mengambil gambar. Rule of thirds akan digunakan di dalam grid tersebut untuk mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej. Seseorang itu mungkin perlu bergerak untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Seseorang tidak semestinya perlu berada di tengah-tengah antara empat penjuru, namun seseorang itu boleh duduk atau berdiri antara salah satu penjuru. Pada masa yang sama, keseimbangan antara penjuru-penjuru lain perlu dititikberatkan bagi menghasilkan sebuah gambar yang cantik. 





Rujukan
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: Pengenalan Bab 2 Twitter dan Trend Terkini

PENGENALAN


Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis. (Normaliza Abd Rahim, 2014)

Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran. (Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)

***

Sewaktu seseorang menulis secara individu ia akan memberi impak yang besar dalam proses penulisannya. Hal ini kerana, individu tersebut akan berhadapan dengan cabaran seperti kurang keyakinan semasa menulis. Bukan itu sahaja, individu itu juga akan berasa keberatan ketika tulisannya dibaca oleh orang lain sehingga individu itu menunjukkan sikap yang negatif. Bagi pendapat kedua pula, para pelajar didapati lebih menyukai aktiviti yang melibatkan penglibatan langsung dalam proses pembelajaran bahasa bagi memastikan mereka kekal fokus. Penglibatan ini juga penting untuk menggelakkan salah faham dan timbulnya rasa bosan dalam diri pelajar. 



Rujukan 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

Monday, April 27, 2020

TUGASAN MINGGU 7 PPT MULTIMEDIA

 BAB 1
PEKAKA BERCERITA: ANIMASI DAN LAGU CERITA RAKYAT MELAYU
















BAB 2
KONFLIK NILAI MELALUI TEKNOLOGI ANIMASI

















MARKAH YANG DIPEROLEHI


8/10 sebab lewat hantar 5 minit

Namun, lepas kena swafoto semula (habis muka melekat dekat laptop sebab nak tunjuk hashtag Prof 😂) dapat pulak markah baru.

MARKAH TERBARU!! 

Alhamdulillah. Terima kasih Prof 💗