Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat tiga bahagian dalam keputusan dan perbincangan. Setiap bahagian terbahagi kepada blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. 

Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan



Pada bahagian blog di dalam kesusasteraan terbahagi kepada puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Untuk puisi, 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden wanita) menyatakan bahawa medium menulis puisi yang terbaik adalah blog.  Mereka juga berpendapat puisi yang ditulis adalah berdasarkan kepada emosi mereka terhadap seseorang. Emosi tersebut merangkumi kepada menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan serta berlatih menggunakan perkataan yang sesuai. Untuk cerpen pendek, keputusan menunjukkan responden wanita lebih tinggi daripada responden lelaki. Namun, kedua-dua peratusan tinggi (lebih daripada 80%). Mereka menulis cerpen pendek di dalam blog untuk membaiki kemahiran menuls dan mudah untuk menyampaikan mesej. Selain itu, menulis skrip merangkumi 23 responden lelaki (76.7%) dan 28 responden wanita (93.3%). Responden wanita lebih tinggi kerana wanita lebih minat berkongsi idea dan pandangan berbanding responden lelaki. Mereka juga rasa lebih bermotivasi apabila penulisan skrip mereka dibaca oleh orang lain. Bahagian pantun pula telah dipilih oleh 66.7% (20 responden lelaki) dan 86.7% (26 responden wanita). Responden wanita lebih ramai memilih pantun dalam penulisan blog kerana lelaki sukar untuk menulis dan wanita juga lebih mengetahui cara menulis pantun dua rangkap. 


Blog dalam Pembelajaran Bahasa



Penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan pemikiran kritis. Bagi penulisan surat, terbahagi kepada 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden wanita) . Peratusan wanita lebih tinggi disebabkan wanita suka menulis surat kepada teman istimewa atau kedua ibu bapa mereka. Responden lelaki pula lebih suka bercakap secara bersemuka daripada menulis. Seterusnya, 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan menulis di dalam blog adalah cara mereka untuk meluahkan perasaan. Wanita lebih bersikap sentimental dan terbuka daripada lelaki yang berasa malu jika luahannya dibaca oleh orang lain. Bahagian teka-teki pula terdapat 93.3% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden wanita). Bilangan responden lelaki dan wanita hampir sama. Mereka suka menulis teka-teki kerana mendapat maklum balas daripada pembaca.


Blog dalam Pembelajaran Teknologi



Penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke dalam blog. Bagi video, 100% responden lelaki dan wanita bersetuju mereka berpuas hati apabila dapat memasukkan video ke dalam blog. Mereka memilih muzik video berdasarkan cerita yang ditulis oleh mereka termasuklah cerpen pendek atau dokumentari. Mereka mengambil masa untuk memilih video yang bersesuaian sebelum disiarkan. Bagi audio pula, kedua-dua responden lelaki dan wanita (100%) memasukkan audio di dalam blog. Kesemua responden sekurangnya mempunyai 10 lagu dalam senarai main lagu yang boleh dimainkan secara automatik. Menurut responden audio dapat memberi perasaan tenang sewaktu menulis blog. Selain lagu sentimental, ada juga yang memilih lagu tekno yang dapat membantu mereka berfikir secara aktif dan kreatif. Bagi gambar pula, 93% (28 responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan bahawa meletakkan gambar di dalam blog boleh menyiapkan hantaran. Peratusan wanita lebih tinggi kerana mereka lebih suka mengambil gambar dan dapat memasukkan terus ke dalam blog tanpa memerlukan wayar sambungan.


Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

No comments:

Post a Comment