Monday, March 23, 2020

BBM3410Satu2020: PROF LIKE IG



Assalamualaikum. Wah petang harini rasa macam sejuk jeeee. Rupanya dapat notification Prof like gambar dekat Insta. Macam yang pernah diamanahkan dulu, kalau Prof ada like ke komen ke kena cepat cepat screenshot. Ws group pun kemain lagi masing-masing tunjuk screenshot dapat like. Lepastu rasa sendu sebab dapat 2 likes jee T_T 

Mula-mula Prof ada like yang tugasan kena ambil gambar jari tanda "Saya Ok!" tu. (Rujuk gambar: gambar kedua dr atas yang AzmilMustapa46 like tu.) Tapi bila tekan je dekat noti, dah hilangggg. Huuu fake hopenya. Dr dah unlike balik. Lepastu selang berapa minit, dapat notification lain pulak. Terus screenshot tak tekan pun noti tu sebab takut hilang lagi. Bila dah screenshot baru tekan dekat noti, yeaayy! Masih ada haha.

Lepastu sejenis manusia yang taktahu bersyukur mula la rasa macam kenapa Prof like 2 je padahal orang lain semua 3, 4 siap dapat komen lagi. Lepastu, dua jam kemudian (refer gambar) Dr ada like lagi 1 post. Okey dah. Dapat pun 3 likes hahaha. Gigihkann. Terima kasih Prof. Prof berjaya menceriakan hari saya 💗

#salamcorona #salamkuarantin #day6 #20macharitubirthdaysaya #official22 #takmakankekpun #takcelebratepun #likeProfkirahadiahbirthdaysaya #sayaredha #kesihatanlebihpenting (tiber main hashtag macam dekat IG 😂😂)

Monday, March 16, 2020

BBM3410Satu2020: JENIS-JENIS FLATLAY

Assalamualaikum.

Tugasan kali ni kami perlu mengambil gambar dari pelbagai sudut (90, 45, 22.5 dan 0). MasyaAllah nak dapatkan gambar yang cantik tu memang susah. Tapi, memang banyak benda baru yang saya belajar. Jadi, boleh saksikan video jenis-jenis flatlay dari kumpulan Citra Purnama. 



Wednesday, March 11, 2020

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFIK

Assalamualaikum.

Hari Isnin minggu ni kami ada buat pembentangan sambungan untuk asas grafik. So, kalau nak tengok boleh tekan link kat bawah ni yaa ;D

Terimalah persembahan kami dari Citra Purnama Production hehe.

BBM3410Satu2020: ASAS FOTOGRAFI

Friday, March 6, 2020

BBM3410Satu2020: PETA MINDA KEPENTINGAN ASAS GRAFIK


BBM3410Satu2020: ELEMEN ASAS GRAFIK


1. Mudah
- Gambar atau video tersebut mudah untuk difahami.
- Mesej yang ingin disampaikan jelas.

2. Warna
- Kombinasi warna yang menarik dan sesuai dalam gambar mahupun video.
- Lebih baik jika tidak melebihi tiga warna.
- Namun, warna yang lebih daripada tiga tetap boleh diadaptasikan dalam gambar atau video.
- Pemilihan warna (kurang tiga atau lebih daripada tiga) bergantung kepada mesej.

3. Teks
- Pemilihan saiz dan jenis font.
- Isi teks juga diambil kira supayat ayat dapat disampaikan dengan jelas.
- Font juga boleh berwarna, tidak semestinya hitam (bergantung).

4. Kesesuaian
- Latar tempat, latar masa dan latar watak mestilah sesuai antara satu sama lain.

5. Keseimbangan
- Keseimbangan foto dan video dilihat daripada segi ruang.
- Ruang tersebut adalah ruang atas, bawah, kiri dan kanan.


Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (VANDIJK, 1977)



VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro, kuasa kawalan, kawalan wacana awam dan kawalan pemikiran. Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Supersturktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, taklimat dan gaya yang dipakai oleh teks. 


Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI OLEH DORNYEI & SCOTT (1997)




Taksonomi strategi komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) mempunyai 12 taksonomi dalam strategi komunikasi iaitu pengabaian atau peninggalan mesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataaan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, penstukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan dan akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Menurut Dornyei & Scott (1997), kesemua taksonomi strategi komunikasi dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Hal ini dapat diasingkan dengan strategi langsung, strategi tidak langsung dan strategi interaksi. 

Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei &Scott (1997) seterusnya ialah peninggalan mesej yang memberi maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada pengelakan menulis sesuatu topik oleh kerana tidak tahu sesuatu perkataan. Penukaran mesej merujuk kepada penukaran mesej asal dengan mesej baharu oleh sebab kekurangan kosa kata manakala penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Taksonomi seterusnya ialah penggunaan perkataan semua tujuan bermaksud penggunaan item leksikal umum untuk menggantikan perkataan yang lebih tepat atau pun spesifik manakala ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak terdapat dalam leksikal bahasa sasaran. Penstukturan semula pula ialah peninggalan mesej yang disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur ayat asal. Terjemahan literal merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya, pengantarabangsaan merujuk kepada bahasa lain dari bahasa ibunda dan diubah suai secara fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan penukaran kod bermaksud penggunaan perkataan atau frasa daripada bahasa lain dalam penulisan. Penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda digunakan apabila seseorang itu menggantikan perkataan dengan apa jua perkataan atau pun bunyi yang tidak mempunyai makna. 

Rujukan

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu

BBM3410Satu2020: MANFAAT PENGGUNAAN INSTAGRAM




Manfaat penggunaan instagram adalah dapat mempelajari cara merakam video dan juga menonton cerita pendek Instagram pengguna lain. Cerita pendek Instagram telah memberi mereka peluang untuk membuka hati kepada umum tentang rutin harian mereka dan juga berkongsi pengetahuan kepada orang lain. Selain itu, penggunaan Instagram juga memberi peluang untuk mempelajari kemahiran dan benda baharu. Bagi pengajar, cerita pendek Instagram dapat membantu mereka mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu dan mencipta suatu auro positif dalam video. Seterusnya, pengguna Instagram dapat menggunakan teknologi dengan cara yang betul yakni menggunakan bahasa dan kelakuan yang sesuai ketika merakam video atau gambar. Oleh itu, pengikut juga akan faham mesej yang ingin disampaikan oleh pengguna. 

Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG

Menurut Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat tiga bahagian dalam keputusan dan perbincangan. Setiap bahagian terbahagi kepada blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. 

Blog di dalam Pengajian Kesusasteraan



Pada bahagian blog di dalam kesusasteraan terbahagi kepada puisi, cerpen, skrip drama dan pantun. Untuk puisi, 66.7% (20 responden lelaki) dan 80% (24 responden wanita) menyatakan bahawa medium menulis puisi yang terbaik adalah blog.  Mereka juga berpendapat puisi yang ditulis adalah berdasarkan kepada emosi mereka terhadap seseorang. Emosi tersebut merangkumi kepada menulis puisi cinta, sajak untuk kedua ibu bapa, dedikasi dan puisi untuk kelas kesusasteraan serta berlatih menggunakan perkataan yang sesuai. Untuk cerpen pendek, keputusan menunjukkan responden wanita lebih tinggi daripada responden lelaki. Namun, kedua-dua peratusan tinggi (lebih daripada 80%). Mereka menulis cerpen pendek di dalam blog untuk membaiki kemahiran menuls dan mudah untuk menyampaikan mesej. Selain itu, menulis skrip merangkumi 23 responden lelaki (76.7%) dan 28 responden wanita (93.3%). Responden wanita lebih tinggi kerana wanita lebih minat berkongsi idea dan pandangan berbanding responden lelaki. Mereka juga rasa lebih bermotivasi apabila penulisan skrip mereka dibaca oleh orang lain. Bahagian pantun pula telah dipilih oleh 66.7% (20 responden lelaki) dan 86.7% (26 responden wanita). Responden wanita lebih ramai memilih pantun dalam penulisan blog kerana lelaki sukar untuk menulis dan wanita juga lebih mengetahui cara menulis pantun dua rangkap. 


Blog dalam Pembelajaran Bahasa



Penulisan blog juga dipilih sebagai alat dalam pembelajaran bahasa dalam kalangan responden. Pembelajaran bahasa boleh dipelajari melalui penulisan surat, meluahkan perasaan, dan pemikiran kritis. Bagi penulisan surat, terbahagi kepada 80% (24 responden lelaki) dan 83.3% (25 responden wanita) . Peratusan wanita lebih tinggi disebabkan wanita suka menulis surat kepada teman istimewa atau kedua ibu bapa mereka. Responden lelaki pula lebih suka bercakap secara bersemuka daripada menulis. Seterusnya, 66.7% (20 responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan menulis di dalam blog adalah cara mereka untuk meluahkan perasaan. Wanita lebih bersikap sentimental dan terbuka daripada lelaki yang berasa malu jika luahannya dibaca oleh orang lain. Bahagian teka-teki pula terdapat 93.3% (28 responden lelaki) dan 96.7% (29 responden wanita). Bilangan responden lelaki dan wanita hampir sama. Mereka suka menulis teka-teki kerana mendapat maklum balas daripada pembaca.


Blog dalam Pembelajaran Teknologi



Penulisan blog membantu responden di dalam proses pembelajaran teknologi. Responden menyukai video, audio dan fotografi dimasukkan ke dalam blog. Bagi video, 100% responden lelaki dan wanita bersetuju mereka berpuas hati apabila dapat memasukkan video ke dalam blog. Mereka memilih muzik video berdasarkan cerita yang ditulis oleh mereka termasuklah cerpen pendek atau dokumentari. Mereka mengambil masa untuk memilih video yang bersesuaian sebelum disiarkan. Bagi audio pula, kedua-dua responden lelaki dan wanita (100%) memasukkan audio di dalam blog. Kesemua responden sekurangnya mempunyai 10 lagu dalam senarai main lagu yang boleh dimainkan secara automatik. Menurut responden audio dapat memberi perasaan tenang sewaktu menulis blog. Selain lagu sentimental, ada juga yang memilih lagu tekno yang dapat membantu mereka berfikir secara aktif dan kreatif. Bagi gambar pula, 93% (28 responden lelaki) dan 100% (30 responden wanita) menyatakan bahawa meletakkan gambar di dalam blog boleh menyiapkan hantaran. Peratusan wanita lebih tinggi kerana mereka lebih suka mengambil gambar dan dapat memasukkan terus ke dalam blog tanpa memerlukan wayar sambungan.


Rujukan

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu